Monday, 30 May 2016

Ramadhan 2

  Saya sangat teruja kerana ramadan hampir tiba. Bila ramadan, syaitan dipenjara di dalam neraka.

Harapan saya:
  1. .bila ramadan kita dapat berbuka spaghetti.
  2. saya nak menjadi orang yang positif.
  3. saya nak jadi berani macam papa.
  4. saya nak kurangkan bergaduh dengan adik-adik saya.
  5. saya dapat berpuasa penuh di bulan ramadan.
  6. bila ramadan sakitan farah sembuh.
  7. bila ramadan imanina, farah dan saya tak stress hafal al quran
  8. saya harap saya dapat baca 1 quran.



-sarah-

Ramadhan 1


Assalamualaikum 

Ramadhan hampir tiba dan saya sangat teruja lagi 6 hari sahaja ramadhan.
Saya berharap sakit saya sembuh sebelum ramadhan.
Saya harap saya khatam baca al quran.




-Farah-

Lawatan ke Zoo Johor 2

     Pada hari Jumaat yang lepas, Sarah, Imanina, cikgu, papa dan saya telah pergi ke Zoo Johor. Kami berolak pada pukul 9.30 pagi.

   Kami melihat haiwan seperti burung, buaya dan banyak lagi. Saya ada menjawab kuiz tentang kasawari. Saya mendapat gula-gula dan layak membuat cap jari pada papan yang disediakan. Kami juga mengambil gambar dengan beberapa haiwan.

    Kemudian, kami memberi unta makan. Selepas itu kami melihat singa. Singa menjerit kerana haus. Singa itu baru bangun daripada tidur.

  Pada pukul 11, kami menyertai acara sukaneka menitup tisu. Kami amat sedih kerana tidak memenangi acara itu. Selepas diumumkan pemenang, kami beredar dari zoo. Saya sangat gembira dan berharap akan dapat ke situ lagi.

-Farah-


Lawatan ke Zoo Johor 1

     Pada hari Jumaat yang lepas, kami telah pergi ke Zoo Johor. Saya sangat teruja kerana bapa saya ingin membawa kami ke sana. 

     Sebaik sahaja tiba di sana, kami disapa oleh orang yang memakai kostum panda. Selepas itu, kami dikehendaki menulis surat untuk panda. Setelah menulis surat, kami mengambil gambar bersama beliau.

     Kemudian, Farah, Imanina, Sabrina dan saya dapat memberi makan kepada unta. Kami membeli dua bekas sayur untuk unta. Satu bekas sayur itu berharga dua ringgit.

    Setelah itu, kami berjumpa dengan haiwan-haiwan yang lain. Apabila kami melihat singa, dia mengaum dengan kuat kerana kelaparan dan kehausan.

     Selepas kami berjumpa dengan haiwan, kami menyertai pertandingan meniup tisu. Imanina, Farah dan saya agak kerana tidak menang pertandingan itu. Kami tidak boleh menyertai yang lain kerana masa tidak mencukupi.

   Tiba-tiba telefon cikgu berbunyi. Bapa saya menelefon cikgu kerana ingin mengajak pulang. Kami berasa sangat gembira dan suka Zoo Johor.


-Sarah-