Pada hari Jumaat yang lepas, Sarah, Imanina, cikgu, papa dan saya telah pergi ke Zoo Johor. Kami berolak pada pukul 9.30 pagi.
Kami melihat haiwan seperti burung, buaya dan banyak lagi. Saya ada menjawab kuiz tentang kasawari. Saya mendapat gula-gula dan layak membuat cap jari pada papan yang disediakan. Kami juga mengambil gambar dengan beberapa haiwan.
Kemudian, kami memberi unta makan. Selepas itu kami melihat singa. Singa menjerit kerana haus. Singa itu baru bangun daripada tidur.
Pada pukul 11, kami menyertai acara sukaneka menitup tisu. Kami amat sedih kerana tidak memenangi acara itu. Selepas diumumkan pemenang, kami beredar dari zoo. Saya sangat gembira dan berharap akan dapat ke situ lagi.
-Farah-
No comments:
Post a Comment