Monday, 7 May 2018

Bina Ayat ( Aras UPSR )



Ini adalah contoh ayat tahun 2016 *darjah 6*.

Gambar di bawah menunjukkan cara-cara mengisi masa lapang.





Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara mengisi masa lapang berdasarkan gambar.


1. Salah satu cara-cara mengisi masa lapang ialah membaca buku supaya kita dapat ilmu pengetahuan.

2. Berkelah juga merupakan cara-cara mengisi masa lapang kerana kita dapat merehatkan minda kita.

3. Kita juga boleh pergi memancing bersama keluarga atau rakan kerana memancing menguji kesabaran kita.

4. Kita boleh bercucuk tanam kerana kita boleh menikmati sayur-sayuran yang lebih segar.

5. Bersukan juga merupakan cara-cara mengisi masa lapang kerana bersukan menyihatkan badan kita.
                                                                                                                                      ( 9/10 )

Isi dalam warna hitam menunjukkan isi tersirat / sebab yang boleh menolong kita untuk mendapat markah.

Gambar tunggal / cara-cara / kesan merupakan soalan yang paling senang dapat markah kerana tiada isi yang diberikan.






3 comments: