Wednesday, 20 June 2018

Isi Karangan Tidak Berformat (Ucapan)



Ini adalah isi-isi  karangan ucapan.

Soalan

Kamu diminta untuk menyampaikan ucapan bersempena dengan Bulan Pengguna Kebangsaan dalam perhimpunan rasmi sekolah.Tajuk ucapan yang akan kamu sampaikan pada hari tersebut ialah "Kebaikan Menabung". Tulis teks ucapan kamu itu selengkapnya.


Pendahuluan

Kata-kata aluan

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berbahagia Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bunga Raya,guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Selamat sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Kebaikan Menabung".

Isi

a) Antara kebaikan menabung-wang-dapat digunakan pada masa hadapan
    Wang-boleh digunakan-melanjutkan pelajaran di universiti
    Contoh wang-perlu kita jelaskan-yuran pengajian,makan dan minuman-sebagainya
    Tidak perlu-mencari kerja sambilan-menyara pembelajaran di universiti
    Menjadi lebih fokus-lulus cemerlang-peperiksaan

b) Selain itu-kebaikan menabung-wang-digunakan untuk masa kecemasan atau kesusahan
    Contohnya-perlu membiayai perbelanjaan perubatan-hospital-ketika sakit
    Dengan duit simpanan ini-tidak perlu meminta bantuan/berhutang-orang lain
    Sediakan payung sebelum hujan-musibah tidak dapat dijangka berlaku dalam hidup kita

c) Di samping itu-dapat meringankan beban ibu bapa-mereka memerlukan wang 
    Contohnya-membayar bil, melangsaikan hutang, membayar yuran sekolah
    Oleh itu-tidak perlu meminta bantuan orang lain-Ah Long-membahayakan keselamatan
    Dengan itu-kita sekeluarga-hidup bahagia dan damai-sepanjang hayat

d) Akhir sekali-mendapat keuntungan atau faedah-pihak bank
    Faedah tersebut-boleh dijadikan-modal untuk membuat perniagaan
    Hasil perniagaan-membeli kereta, rumah, dan sebagainya
    Kita-menjadi seorang-kaya dan berjaya

Penutup

Jelaslah kepada kita semua-menabung dapat memberikan banyak faedah dan kebaikan kepada kita
Oleh itu-haruslah menabung-sedikit demi sedikit
Bak kata pepatah-sikit sikit lama-lama menjadi bukit
Sekian,terima kasih.

No comments:

Post a Comment